AtomyAza Mall Homepage DiMuat Naik Ke Ruang Maya Internet

Seperti dinyatakan dalam posting sebelumnya, kini homepage Aza Mall Atomy sudah dimuat naik ke ruang internet. Ini berarti waktu pelancaran rasmi Aza Mall kian hampir iaitu setelah rangkaian berbagai produk keperluan harian yang dikatakan mencecah 50,000 jenis, selesai diupload ke mall online Aza Mall oleh pasukan IT Atomy Korea. Dengan puluhan ribu pilihan produk terpilih berbanding ratusan yang ada di mall online Atomy sekarang, sudah pasti jualan akan meroket berkali ganda. Orang ramai akan menjadi lebih tertarik untuk berbalanja di AtomyAza Mall kerana selain pilihan produk yang banyak, tiap belian produk juga akan mendapat point (PV) yang akhirnya menghasilkan pendapatan bukan sedikit kepada ahli ahli/pengguna.

Klik url www.atomyaza.com/english ini jika ingin ke homepage mall tersebut atau anda boleh juga klik tombol Aza Mall di bahagian atas laman blog ini.

Sedar kah anda bahawa jika menjadi ahli di AtomyAza (percuma) dan membeli belah barang keperluan di mall online Korea ini, potensinya amat besar sekali. Dengan hanya perkenalkan kelebihan berbelanja di mall ini kepada hanya 2 kawan, jiran atau siapa saja, anda berpeluang mendapat pendapatan sampingan lumayan dari Pelan Binari Global Infiniti AtomyAza (ini jarang sekali dijumpai dimana mana pun syarikat lain).

Bersedialah jika anda ingin benar benar mahu menjana duit sambil satai santai berbelanja barangan keperluan harian. Hubungi kami jika anda masih tidak jelas tentang hal ini. JIka ada mall yang menghargai anda sebagai pelanggan setia dengan mengembalikan sebahagian keuntungan mereka kepada anda, kenapa masih terus berbelanja di mall yang tidak pun pernah menyumbangkan apa apa kepada anda sedangkan sudah puluhan tahun anda setia membeli belah dari mereka?

Jadilah pengguna pintar kerana apa yang selama ini kita telah belanjakan untuk keperluan harian, seharusnya ia juga dapat menjana setidaknya sedikit pendapatan sampingan buat diri dan keluarga. Dan ini akan boleh anda nikmati di AtomyAza Mall nanti.


Baca juga Pelancaran Rasmi AtomyAza Mall di Korea 

Bedak Asas Foundation Korea Kolmar Yang Mesti Dimiliki. Lebih Glowing, Lebih Tahan Lama

Tiap manusia mempunyai tona kulit berbeza. Maka pemilihan bedak asas atau foundation perlulah sesuai dengan tona dan jenis kulit agar peranan bedak berkenaan ikut dapat menutup kekurangan dan cela pada kulit wajah untuk tampil lebih menyakinkan. Namun kelihatan cantik dengan wajah yang glowing saja tidak memadai, sebaliknya foundation berkenaan haruslah tidak memberi kesan buruk pada kulit malah ia seharusnya membantu menyihatkan lagi kulit kita.

Seperti dibanyak negara lain, gadis dan wanita Korea juga mementingkan penggunaan bedak asas dan ia adalah satu kemestian dalam kehidupan harian. Negara Korea memang terkenal dengan produk produk penjagaan kulit dan kecantikan dan tidak terkecuali produk bedak asas atau foundation powder seperti Atomy Cushion Foudation keluaran  Kolmar BNH Korea ini,


Ciri-ciri Atomy Cushion Foundation

1) Penutupan Sempurna
Memberi lapisan foundation yang nipis dan halus agar foundation dapat menutupi garis-garis halus, kedutaan dan liang pori muka untuk kelihatan lebih sempurna

2) Kelembapan Kulit
Mempunyai Hyaluronic Acid yang membentuk lapisan lembap tanpa kesan melekit

3) Menyerikan Kulit
Dirumuskan dengan adunan minyak menyerikan dan menyihatkan kulit secara semulajadi

4) Konsistensi
Sabum "catch powder" memastikan penutupan wajah yang berterusan dan berpanjangan

5) Pemakaian Yang Mudah
Tekstur berkrim yang cepat mesra dengan kulit

6) Puff Kusyen
a. Antimikrob yang menghalang pertumbuhan 99.9% bakteria

b. Tahan lama dan kalis air
c️. Tumpat
d️. Mesra Alam

7) 2 Jenis Warna Untuk Kulit Muka
a. 21 Ivory

b. 23 Vanila


Tonton & Dengar Video Review berikut:

Tips Membeli SunBlock Terbaik, Berkualiti, Jimat Dan Sesuai Dengan Kulit

Berikut adalah beberapa panduan atau petua penting memilih SunBlock atau SunScreen terbaik di pasaran bagi melindungi kulit dari sinaran bahaya UV matahari. Sebagai pengguna kosmetik khususnya Sunblock atau pelindung sinaran matahari, para wanita khususnya perlu tahu tentang beberapa istilah atau kod seperti SPF, PPD, PA, PABA dan lain lain yang terkait dengan sesuatu produk pelindung kulit atau sunblock. Ambil tahu sebelum membelinya agar tidak tertipu dan membazir duit. 

1. Apakah SPF?

a    SPF atau singkatannya Sun Protection Factor merupakan Grade/ level yang terkait dengan kadar pancaran Ultraviolet B (UVB) dari cahaya matahari. UVB merujuk kepada kesan kemerahan atau terbakar yang berpunca dari sinaran matahari.

Menurut Dr. James Spencer, seorang pakar dermatologi dari Amerika Syarikat:
a. SPF 15 mampu menyekat 94% sinaran UVB.
b. SPF 30 mampu menyekat 97% sinaran UVB.
c. SPF 45 mampu menyekat 98% sinaran UVB.

*Jika jumlah SPF yang jauh lebih besar atau terlalu tinggi, ia tidak lagi berguna kerana tidak ada pelindung matahari yang dapat melindungi kulit dari sinar UVB hingga 100%. Mereka yang berkulit sederhana cerah hingga putih wajar memilih sunblock dengan SPF 30 ~ 50+ dan ke atas kerana warna kulit sedemikian kurang daya ketahanan sinaran matahari. Bagi yang memiliki kulit lebih gelap, SPF rendah lebih praktikal dan menjimatkan.

2. Apakah PPD?

     Berbeza dengan PPF, PPD adalah singkatan kepada Pengekalan Pigmen Terancam iaitu kod khusus untuk sinaran UVA (SPF tadi untuk UVB). Jika UVB menyebabkan kesan kemerahan dan tompokan terbakar kulit akibat matahari, UVA pula akan menyebabkan kerosakan struktur kulit, mempercepatkan proses penuaan dan paling parah, menyebabkan kanser kulit.

Jika penghalang matahari/sunblock itu mempunyai PPD 10, ia bermaksud bahawa kulit anda akan terdedah kepada kesan buruk UVA 10 kali ganda lebih banyak jika anda tidak menggunakan pelindung matahari. Dengan kata lain, memakai sunblock PPD 10, anda mengurangkan kulit dari terdedah kepada bahaya sinaran matahari sebanyak 10 kali ganda.

3. Apakah PA?

     PA merujuk kepada Perlindungan Gred UVA dan kod ini biasanya atau lebih kerap digunakan di negara Asia seperti Jepun atau Korea (istilah PPD sebelumnya selalu digunakan di Eropah)
Biasanya istilah/grade ini bertulis seperti PA ++, PA +++, dan PA ++++.

Gred PA berdasarkan Persatuan Industri Kosmetik Jepun:

a.  PA + adalah SunBlock yang memberikan perlindungan terhadap UV A dengan PPD (Pengerapan Pigmen Terus) antara 2 dan 4
b. PA ++ adalah SunBlock, menyediakan perlindungan sederhana terhadap UV A, dengan PPT (Pengerapan Pigmen Terancam) antara 4 hingga 8
c. PA +++ menyediakan perlindungan tertinggi terhadap cahaya UV, dengan PPD 8 hingga 16
d. PA ++++ menyediakan perlindungan UV, dengan PPD 16 dan ke atas.

*Jika anda kurang terdedah kepada pancaran matahari kurang dari 16 jam, adalah tidak ekonomik dari segi kos jika membeli sunblock/sunscreen yang terlalu tinggi gred PA nya.

Dengan merujuk kepada kenyataan pakar kulit (dermatology) terkemuka Amerika Syarikat berkenaan, teryata SunScreen (sunblock) keluaran Atomy Korea benar benar menepati standard dan piawaian kualiti produk pelindung kulit dar sinaran UV matahari.


Sunscreen atau sunblock brand Atomy Korea ini merupakan antara sunblock paling baik tidak saja kerana fungsinya yang berkesan malah jimat membelinya kerana harga yang murah berbanding kandungannya yang banyak. Ia dihasilkan oleh KOLMAR BNH iaitu rangkaian kilang KOLMAR Korea, antara pengeluar kosmetik terawal dan terbesar di Korea malah di dunia.

Kenapa Sunscreen/Sunblock Atomy Ini Adalah Yang Terbaik?
  • SPF 50+ PA +++ : paling sesuai untuk cuaca di negara-negara dengan beriklim tropika dan panas seperti Malaysia.
  • Memberi perlindungan maksima dari pancaran UV.
  • Ada 2 pilihan warna disediakan iaitu warna putih dan coklat muda (beige).
  • Tidak melekit dan berminyak seperti pelindung pancaran matahari yang lain di pasaran.
  • Cepat meresap ke dalam kulit kerana terhasil dari teknologi nano yang tinggi.
  • Teksturnya bercahaya.
  • Sesuai untuk digunakan sebagai asas makeup jika perlu berada di kawasan yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari seperti di pantai, ketika bersukan dan sebagainya.
  • Boleh digunakan baik oleh wanita mau pun lelaki yang sering melakukan aktiviti luar.
  • Memberi kesan lembapan pada kulit.
  • Kulit menjadi lebih cerah selain memberi kesan perlindungan maksima.
  • Diperbuat dari sumber alam semula jadi terpilih dan baik untuk kulit
  • Harganya murah dan menjimatkan kerana kandungannya yang banyak (RM32/60 ml)
Selanjutnya tentang Atomy Sun Screen boleh rujuk di pautan Mall Atomy Malaysia !
Atau anda juga boleh mencuba Atomy Sunstick keluaran baru Atomy Korea yang setanding malah ada kelebihan lain berbanding Sunscreen Atomy.





Tonton juga Video Perbandingn 3 Jenis Sunblock Berbeza Untuk Pilihan Terbaik Dan Sesuai

Rawatan Muka Ala Spa Korea Di Rumah Sendiri

Nak buat facial treatment ala Korea kini tak perlu lagi cari Korean Spa Center diluar sana. Anda kini boleh berjimat banyak tapi mendapat hasil yang setanding dengan hanya melakukan sendiri perawatan muka di rumah menggunakan produk skin care asli Korea iaitu Atomy Evening Care Set dari Atomy, keluaran KOLMAR BNH Korea, antara kilang kosmetik terawal dan terbesar di Korea malah di dunia.

ATOMY Evening Care 4 Set mampu memberikan kesan seakan akan membuat facial di pusat facial Korea, tetapi kita hanya lakukannya dirumah saja. Paling penting, ianya jimat, satu set dapat digunakan sampai setahun (spa dirumah 365 hari). Tak perlu pun membuang banyak duit untuk dapatkan wajah yang cantik, cerah dan lembut.

Atomy Evening Care 4 set adalah dibuat khas daripada herbal/tumbuhan yang segar dan sumber alami, diciptakan khusus agar kita mendapat kebaikan daripada sumber alam yang segar.

Jika kita pakai, wajah tiba - tiba tumbuh jerawat, itu adalah kesan biasa (healing crysis) untuk membuang segala kotoran yang terdapat di kulit wajah. Lebih baik buang daripada tertanam didalam kulit kan?


CARA PAKAI EVENING CARE 4 SET LANGKAH DEMI LANGKAH


1. DEEP CLEANSER.
Deep Cleanser adalah pencuci muka yang bertindak membersihkan secara jauh kedalam untuk menanggalkan segala kotoran yang tersumbat setelah kita seharian terkena kotoran ataupun seharian mengenakan makeup

Cara Penggunaan
.1.Picit dan keluarkan sedikit ke atas jari.
2.Oleskan keatas muka yang kering. Tidak perlu cuci muka terlebih dahulu.
3.Gosok dan ratakan ke seluruh muka (Deep Cleanser memang tidak akan berbuih)
4.Bersihkan dengan tisu / kapas yang lembut.

2. FOAM CLEANSER.
Setelah menggunakan Deep Cleanser, kenapa harus pula gunakan Foam Cleanser? Alasannya kerana Deep Cleanser tidak berbuih dan lebih menyerap ke dalam kulit. Foam cleanser ini berperanan membuang segala kotoran yang masih tertinggal di permukaan kulit. Foam cleanser ini akan mengeluarkan buih yang kaya dengan sebum untuk mengekalkan kelembapan kulit dan memberikan kesegaran kepada kulit muka.

3. PEELING GEL.
Peeling Gel digunakan untuk membuang segala kulit mati yang tidak diperlukan tanpa menyebabkan kulit rosak. Penggunaan Peeling gel lebih digalakkan berbanding penggunaan scrub yang akan menyebabkan kulit rosak. Terdapat Elm Tree Root dan pelembab water-soluble didalamnya, ia akan membuang segala kulit mati dan menghindarkan kulit kita daripada kelihatan kusam. Ekstrak limau pula membantu menghapuskan minyak yang berlebihan dan melembutkan kulit yang sensitif.

Cara Penggunaan
1.Oleskan jumlah yang sesuai ke muka.
2.Ratakan ke seluruh muka & jangan terkena area sensitif seperti mata & mulut.
3.Biarkan sehingga 1-3 minit
4.Gosok perlahan secara bulatan untuk menanggalkan kulit mati.
5. Kemudian cuci bersih dengan air tanpa menggunakan sabun/foam lagi.

4. PEEL OFF MASK.
Peel Off Mask adalah langkah terakhir untuk penjagaan wajah ala - ala spa Korea, tapi anda membuat nya sendiri di rumah. Mask ini membantu untuk membersihkan liang kulit yang tersumbat di muka. Ekstrak Centella akan menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Jangan terkejut kerana didalam Peel Off Mask ini juga terdapat serbuk jed yang dapat menghaluskan kulit muka.

Cara Penggunaan
1.Oleskan jumlah yang sesuai ke muka
2.Ratakan keseluruh wajah dan jangan terkena area semsitif seperti mata dan mulut.
3.Tunggu sehingga mask benar benar telah kering.
4.Tarik mask ini dari bawah keatas untuk menanggalnya.


Vitamin C Berkualiti Terbaik 2022 Penting Untuk Kecantikan Kulit Malah Dalaman Tubuh

Vitamin C adalah antioksidan yang kuat untuk meneutralkan radikal bebas. Kerana sifat antioksidannya itu, vitamin C berkualiti terbaik berfungsi membantu proses regenerasi kulit kulit secara semula jadi dengan berkesan agar mampu memperbaiki sel sel kulit yang telah rosak. Ini antara penyebab ramai pengamal vitamin C yang bagus memiliki kulit yang cantik. Ia menjadi amalan pemakanan harian ramai jelitawan ternama dunia.

Maka mengambil pemakanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu tubuh anda melawan radikal bebas, ia membantu mengimbangi dari musuh musuh penyebab kerosakan kulit seperti pancaran UV dan pencemaran udara. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan mencegah atau mengurangkan kerosakan pada sel sel dengan cara meneutralkan pengeluaran molekul molekul reaktif yang disebut sebagai radikal bebas. 

Berbeza dengan kebanyakan vitamin C di pasaran yang berbentuk tablet/pil, vitamin C Atomy Korea dalam bentuk serbuk dan dibungkus dalam sachet dengan rasa masam masam manis yang enak (anak anak kecil sangat suka). Atomy Color Food Vitamin C ini didatangkan dalam kotak besar yang mengandungi 90 sachet.



7 Bahan Sumber Alam Utama Dalam Vitamin C Atomy

1. Limau Citrus
2. Strawberry
3. Delima
4. Mangga
5. Labu
6. Kunyit
7. Phellinus Linteus (sejenis mikrob baik untuk tubuh manusia)

Unik dan istimewanya Vitamin C adalah kerana semua bahan bahan diatas diekstrak dari sumber segar (fresh) berbanding kebanyakan pengeluar lain yang mengekstrak bahan/material mereka dari sumber kering (tidak segar).


Kebaikan Dan Kelebihan Vitamin C Atomy Yang Pelbagai

1. Menguatkan Imunisasi Dan Daya Tahan Tubuh
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka selain tubuh kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja semata mata untuk daya tahan badan kepada penyakit, malah ia membantu membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang diambil boleh membantu sembuhkan luka dengan cepat.  Ia juga melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Memulihkan Demam
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam. (ini antara alasan kenapa vitamin C Atomy disyorkan oleh para doktor pada pesakit di hospital Korea)

3.Anti Oksidan
Vitamin C Atomy adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat".
("sel karat" boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti *atherosclerosis* yang menjadi punca kepada masalah sakit jantung dan stroke)

4. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C Atomy ini juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi atau hipertensi

5. Menjaga Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6.Kurangkan Kadar Keracunan Plumbum
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. 

Ia menjadi punca kepada masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Menguruskan Badan
Vitamin C dan jus nya telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat badan ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.

Para doktor mendapati dengan mengambil makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula serta menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Anti Stress
Vitamin C Atomy juga membantu tubuh mengatasi tekanan/stress dengan cara mengawal paras tekanan, mengimbangkan hormon kortisol yang tinggi dalam otak manusia (kortisol tinggi adalh punca kepada stress)

9. Penjagaan Mata/Anti Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C Atomy (2 sechets) sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan qualiti penglihatan.

10. Mencegah Barah/Anti Kanser)
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C Atomy boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang.

Vitamin C meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Vitamin C juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus.

Vitamin C Atomy juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik.

* Vitamin C Atomy bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh *melawan sel barah*.

11. Menambah  Tenaga
Vitamin C Atomy ini mampu mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.


12. Mencegah Masalah Jantung
Vitamin C Atomy menghalang terkena sakit jantung dengan mengawal radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Radikal bebas menyebabkan kolestrol teroksida dan seterusnya mengakibatkan serangan jantung jika tidak dikawal

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C Atomy.

Mengamal Vitamin C Atomy terbukti adalah cara paling murah menghalang dari kita terkena sakit jantung dan strok.

13. Kawal Diabetis
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C Atomy kerana ia mampu mengawal paras gula dan *mengurangkan risiko diabetes* dan memulihkan simptom sedia ada. Ambil Vitamin C (1000mg-2 sechets sehari) boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Mengawal Dan Mencegah Athma
Jika individu yang ada athma, adalah sangat disyorkan mengambil vitamin C Atomy. Ini adalah kerana yang mempunyai Vitamin C di dalam badan biasanya jarang mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh *mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan pada paru-paru.

15. Melindungi Dari Bahaya Sinar Matahari
Vitamin C Atomy melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan terdedah pada cahaya matahari, pencemaran dan asap rokok. Antioksida dalam Vitamin C Atomy ini mampu melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C juga mengurangkan kesan kulit terbakar (sun burn) disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Kulit Cantik Berseri
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen ini berfungsi untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen dalam tubuh. Penghasilan kolegen dengan bantuan vitamin C menyebabkan kulit menjadi gebu dan warna tona berseri-seri pada wajah. 

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan pada lapisan kulit.

17. Sembuhkan Luka Lebih Cepat
Dengan pengambilan Vitamin C Atomy 2 sechets sehari (1000gm) mampu menggantikan tisu yang rosak di dalam tubuh dan menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Pencerahan Kulit Dan Mengawal Pertumbuhan Jeragat di Wajah
Vitamin C Atomy melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan "Pyrimidine dimers" yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C Atomy juga mampu mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan. Ia membantu kulit agar kelihatan lebih muda dan kulit menjadi lebih lembut serta sihat.

19. Memperbaiki Tekstur Kulit
Kolagen yang terhasil dengan bantuan vitamin C juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C Atomy ini juga dapat membantu sistem aliran darah agar berjalan lancar.

Saluran darah yang yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Vitamin C di dalam tubuh memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel berupaya mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit cerah serta gebu

20. Merangsangkan Pertumbuhan Rambut
Jika tubuh kita tidak cukup vitamin C, ia akan menyumbang kepada punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut menjadi kering dan bercabang. Keadaan rambut sedemikian memberikan tanda bahawa ia tidak sihat. Ini adalah kerana radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita yang tidak cukup vitamin C menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga.

Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Rambut akan mulai nipis dan mengarah kepada botak.

Ciri-ciri anti-oksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Dengan hanya mengamal Vitamin C Atomy (2 sechets sehari 1000mg) dalam diet seharian adalah penting untuk melindungi dari radikal bebas. Vitamin C yang mencukupi di dalam tubuh menyumbang kepada rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Atasi Kebotakan.
Vitamin C Atomy ini dapat melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

22. Cegah Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C Atomy ini membantu melawan bakteria atas kulit kepala. 

Vitamin C mampu membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-virus.

23. Rangsang Rambut lebat Dan Lambat Beruban
Vitamin C Atomy juga membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Kapilari darah yang kuat adalah penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat. Vitamin C Atomy ini bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut seperti masalah cepat beruban. Amalkan Vitamin C Atomy 2 sachet sehari untuk kembalikan rambut yang sihat, lebat dan tidak cepat beruban.


Rujuk 2 pautan video demo perbandingan di bawah:

a. Vitamin C Atomy VS Vitamin C Brand X
b. Kekuatan Vitamin C Atomy

Kelebihan Lipstik Korea Atomy Yang Kian Digemari Wanita

Produk penjagaan kecantikan kulit, makeup mau pun gincu (lipstick) buatan Korea Selatan memang menjadi kegilaan wanita di seluruh dunia. Korea Selatan khususnya kota Myeongdong menjadi tumpuan para pelancung sepanjang masa bagi mendapatkan produk produk skin care dan kosmetik berkualiti tinggi malah selamat. Sebahagian produk produk yang dijual di sana adalah hasil keluaran Kolmar Korea termasuklah rangkain yang diedarkan oleh Atomy di pasaran dunia hari ini, Malah kilang kosmetik terbesar di dunia hasil kerjasama Atomy-Kolmar sedang dibina lgi di negara China?

Lipstik Korea Atomy ikut menjadi kegilaan para remaja dan wanita masa kini. Berikut adalah antara beberapa kelebihan gincu (lipstik dan lipcare) berkenaan untuk pengetahuan anda dan kenapa anda harus mencubanya:

💋 Gincu Atomy dengan tekstur yg licin bak sutera dan pilihan warna yang berkilauan, kaya dengan pelembap semulajadi.
💋 Gincu Atomy adlah jenis Glossy (berkilau) yang tampak menarik bila dipakai.
💋 Diformulakan secara semulajadi agar pengguna tidak was-was untuk menggunakannya dan tidak mempunyai kesan sampingan seperti alergi, atau keradangan walaupun pada tahap penggunaan yang berlebihan.
💋 Teknologi Kompleks Multi Peptide (protein kecil terpecah daripada kolagen), memberikan kesan baik anti penuaan/kedut pada pemakai.
💋 Terdapat pelbagai pilihan warna yang mempesona dari pilihan warna terang hinggalah warna natural (semulajadi).
💋 Penggunaan minyak zaitun dan vitamin E adalah untuk memberikan nutrisi yang mencukupi dan juga keanjalan pada bibir.
💋 Bertindak sebagai perlindungan daripada pencemaran alam sekitar.
💋 Vitamin E melindungi permukaan kulit bibir dan menjaga bibir anda agar kelihatan bersih dan menarik sepanjang masa.
💋 Baham pelempab didalamnya membantu melembapkan bibir agar bibir tidak kering dan pecah atau kelihatan berkedut.
💋 Penggunaan bahan bahan semulajadi memastikan agar bibir sihat. 100% bebas dari  lemak haiwan, Talc (sejenis bahan perindustrian), Benzophenone, Paraben dan Surfactant perindustrian yang boleh memudaratkan kulit dan kesihatan.
💋 Tidak mengandungi Lead (timah) yang kebanyakannya terdapat pada gincu murah yang membuat gincu bertahan lama pada bibir.
💋 Di rekabentuk dengan bentuk tempat gincu yang menarik dengan penutup bermagnet.



Lipstick Atomy ini boleh merawat dan melembabkan bibir kerana texturenya yang lembut dan rata, bibir yang kering akan tampak segar, menambah seri wajah pemakai. Pembungkusannya pula siap ada magnet lagi (high quality) dan tidak perlu bimbang lipstick anda akan patah atau rosak bila di simpan dalam handbag atau terjatuh secara tidak sengaja.

Ingin rasai sendiri rahsia bibir mungil gadis gadis Korea? Cuba lah gincu Atomy hari ini!