Berikut adalah beberapa panduan atau petua penting memilih SunBlock atau SunScreen terbaik di pasaran bagi melindungi kulit dari sinaran bahaya UV matahari. Sebagai pengguna kosmetik khususnya Sunblock atau pelindung sinaran matahari, para wanita khususnya perlu tahu tentang beberapa istilah atau kod seperti SPF, PPD, PA, PABA dan lain lain yang terkait dengan sesuatu produk pelindung kulit atau sunblock. Ambil tahu sebelum membelinya agar tidak tertipu dan membazir duit.
1. Apakah SPF?
a SPF
atau singkatannya Sun Protection Factor merupakan Grade/ level yang
terkait dengan kadar pancaran Ultraviolet B (UVB) dari cahaya matahari. UVB merujuk kepada kesan kemerahan atau terbakar yang berpunca dari sinaran matahari.
Menurut Dr. James Spencer, seorang pakar dermatologi dari
Amerika Syarikat:
a. SPF 15 mampu menyekat 94% sinaran UVB.
b. SPF 30 mampu menyekat 97% sinaran UVB.
c. SPF 45 mampu menyekat 98% sinaran UVB.
*Jika jumlah SPF yang jauh lebih besar atau terlalu tinggi, ia tidak lagi
berguna kerana tidak ada pelindung matahari yang dapat melindungi kulit dari
sinar UVB hingga 100%. Mereka yang berkulit sederhana cerah hingga putih wajar memilih sunblock dengan SPF 30 ~ 50+ dan ke atas kerana warna kulit sedemikian kurang daya ketahanan sinaran matahari. Bagi yang memiliki kulit lebih gelap, SPF rendah lebih praktikal dan menjimatkan.
2. Apakah PPD?
c Berbeza dengan PPF, PPD adalah singkatan kepada Pengekalan
Pigmen Terancam iaitu kod khusus untuk sinaran UVA (SPF tadi untuk UVB). Jika UVB menyebabkan kesan kemerahan dan tompokan terbakar kulit
akibat matahari, UVA pula akan menyebabkan kerosakan struktur kulit,
mempercepatkan proses penuaan dan paling parah, menyebabkan kanser kulit.
Jika penghalang matahari/sunblock itu mempunyai PPD 10, ia
bermaksud bahawa kulit anda akan terdedah kepada kesan buruk UVA 10 kali ganda
lebih banyak jika anda tidak menggunakan pelindung matahari. Dengan kata lain,
memakai sunblock PPD 10, anda mengurangkan kulit dari terdedah kepada bahaya
sinaran matahari sebanyak 10 kali ganda.
3. Apakah PA?
d PA merujuk kepada Perlindungan Gred UVA dan kod ini biasanya atau lebih kerap digunakan di negara Asia seperti Jepun atau Korea (istilah PPD
sebelumnya selalu digunakan di Eropah)
Biasanya istilah/grade ini bertulis seperti PA ++, PA +++,
dan PA ++++.
Gred PA berdasarkan Persatuan Industri Kosmetik Jepun:
a. PA + adalah SunBlock yang memberikan
perlindungan terhadap UV A dengan PPD (Pengerapan Pigmen Terus) antara 2 dan 4
b. PA ++ adalah SunBlock, menyediakan perlindungan
sederhana terhadap UV A, dengan PPT (Pengerapan Pigmen Terancam) antara 4
hingga 8
c. PA +++ menyediakan perlindungan tertinggi
terhadap cahaya UV, dengan PPD 8 hingga 16
d. PA ++++ menyediakan perlindungan UV, dengan PPD
16 dan ke atas.
*Jika anda kurang terdedah kepada pancaran matahari kurang dari 16 jam, adalah tidak ekonomik dari segi kos jika membeli sunblock/sunscreen yang terlalu tinggi gred PA nya.
Dengan merujuk kepada kenyataan pakar kulit (dermatology) terkemuka Amerika Syarikat berkenaan, teryata SunScreen (sunblock) keluaran Atomy Korea benar benar menepati standard dan piawaian kualiti produk pelindung kulit dar sinaran UV matahari.
Sunscreen atau sunblock brand Atomy Korea ini merupakan
antara sunblock paling baik tidak saja kerana fungsinya yang berkesan malah
jimat membelinya kerana harga yang murah berbanding kandungannya yang banyak.
Ia dihasilkan oleh KOLMAR BNH iaitu rangkaian kilang KOLMAR Korea, antara pengeluar
kosmetik terawal dan terbesar di Korea malah di dunia.
Kenapa Sunscreen/Sunblock Atomy Ini Adalah Yang Terbaik?
- SPF 50+ PA +++ : paling sesuai untuk cuaca di negara-negara dengan beriklim tropika dan panas seperti Malaysia.
- Memberi perlindungan maksima dari pancaran UV.
- Ada 2 pilihan warna disediakan iaitu warna putih dan coklat muda (beige).
- Tidak melekit dan berminyak seperti pelindung pancaran matahari yang lain di pasaran.
- Cepat meresap ke dalam kulit kerana terhasil dari teknologi nano yang tinggi.
- Teksturnya bercahaya.
- Sesuai untuk digunakan sebagai asas makeup jika perlu berada di kawasan yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari seperti di pantai, ketika bersukan dan sebagainya.
- Boleh digunakan baik oleh wanita mau pun lelaki yang sering melakukan aktiviti luar.
- Memberi kesan lembapan pada kulit.
- Kulit menjadi lebih cerah selain memberi kesan perlindungan maksima.
- Diperbuat dari sumber alam semula jadi terpilih dan baik untuk kulit
- Harganya murah dan menjimatkan kerana kandungannya yang banyak (RM32/60 ml)
Selanjutnya tentang Atomy Sun Screen boleh rujuk di pautan Mall Atomy Malaysia !
Atau anda juga boleh mencuba Atomy Sunstick keluaran baru Atomy Korea yang setanding malah ada kelebihan lain berbanding Sunscreen Atomy.
Tonton juga Video Perbandingn 3 Jenis Sunblock Berbeza Untuk Pilihan Terbaik Dan Sesuai
No comments:
Post a Comment