Rawatan Muka Ala Spa Korea Di Rumah Sendiri

Nak buat facial treatment ala Korea kini tak perlu lagi cari Korean Spa Center diluar sana. Anda kini boleh berjimat banyak tapi mendapat hasil yang setanding dengan hanya melakukan sendiri perawatan muka di rumah menggunakan produk skin care asli Korea iaitu Atomy Evening Care Set dari Atomy, keluaran KOLMAR BNH Korea, antara kilang kosmetik terawal dan terbesar di Korea malah di dunia.

ATOMY Evening Care 4 Set mampu memberikan kesan seakan akan membuat facial di pusat facial Korea, tetapi kita hanya lakukannya dirumah saja. Paling penting, ianya jimat, satu set dapat digunakan sampai setahun (spa dirumah 365 hari). Tak perlu pun membuang banyak duit untuk dapatkan wajah yang cantik, cerah dan lembut.

Atomy Evening Care 4 set adalah dibuat khas daripada herbal/tumbuhan yang segar dan sumber alami, diciptakan khusus agar kita mendapat kebaikan daripada sumber alam yang segar.

Jika kita pakai, wajah tiba - tiba tumbuh jerawat, itu adalah kesan biasa (healing crysis) untuk membuang segala kotoran yang terdapat di kulit wajah. Lebih baik buang daripada tertanam didalam kulit kan?


CARA PAKAI EVENING CARE 4 SET LANGKAH DEMI LANGKAH


1. DEEP CLEANSER.
Deep Cleanser adalah pencuci muka yang bertindak membersihkan secara jauh kedalam untuk menanggalkan segala kotoran yang tersumbat setelah kita seharian terkena kotoran ataupun seharian mengenakan makeup

Cara Penggunaan
.1.Picit dan keluarkan sedikit ke atas jari.
2.Oleskan keatas muka yang kering. Tidak perlu cuci muka terlebih dahulu.
3.Gosok dan ratakan ke seluruh muka (Deep Cleanser memang tidak akan berbuih)
4.Bersihkan dengan tisu / kapas yang lembut.

2. FOAM CLEANSER.
Setelah menggunakan Deep Cleanser, kenapa harus pula gunakan Foam Cleanser? Alasannya kerana Deep Cleanser tidak berbuih dan lebih menyerap ke dalam kulit. Foam cleanser ini berperanan membuang segala kotoran yang masih tertinggal di permukaan kulit. Foam cleanser ini akan mengeluarkan buih yang kaya dengan sebum untuk mengekalkan kelembapan kulit dan memberikan kesegaran kepada kulit muka.

3. PEELING GEL.
Peeling Gel digunakan untuk membuang segala kulit mati yang tidak diperlukan tanpa menyebabkan kulit rosak. Penggunaan Peeling gel lebih digalakkan berbanding penggunaan scrub yang akan menyebabkan kulit rosak. Terdapat Elm Tree Root dan pelembab water-soluble didalamnya, ia akan membuang segala kulit mati dan menghindarkan kulit kita daripada kelihatan kusam. Ekstrak limau pula membantu menghapuskan minyak yang berlebihan dan melembutkan kulit yang sensitif.

Cara Penggunaan
1.Oleskan jumlah yang sesuai ke muka.
2.Ratakan ke seluruh muka & jangan terkena area sensitif seperti mata & mulut.
3.Biarkan sehingga 1-3 minit
4.Gosok perlahan secara bulatan untuk menanggalkan kulit mati.
5. Kemudian cuci bersih dengan air tanpa menggunakan sabun/foam lagi.

4. PEEL OFF MASK.
Peel Off Mask adalah langkah terakhir untuk penjagaan wajah ala - ala spa Korea, tapi anda membuat nya sendiri di rumah. Mask ini membantu untuk membersihkan liang kulit yang tersumbat di muka. Ekstrak Centella akan menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Jangan terkejut kerana didalam Peel Off Mask ini juga terdapat serbuk jed yang dapat menghaluskan kulit muka.

Cara Penggunaan
1.Oleskan jumlah yang sesuai ke muka
2.Ratakan keseluruh wajah dan jangan terkena area semsitif seperti mata dan mulut.
3.Tunggu sehingga mask benar benar telah kering.
4.Tarik mask ini dari bawah keatas untuk menanggalnya.


No comments:

Post a Comment