Panduan Buat Duit Online Sambil Berjimat Tahun 2020 Di AtomyAza Mall

Cara buat duit online di Atomy Aza Mall amat santai, tanpa stress mau pun resiko. Sambil berjimat perbelanjaan keatas barangan keperluan harian pun boleh mendapatkan pendapatan sampingan hanya dengan duduk di rumah, pejabat atau dari mana saja asalkan ada handphone pintar berinternet. Tak perlu fikirkan nak keluar modal lagi kerana hakikatnya apa yang telah menjadi amalan anda selama ini, bertahun malah berabad shopping dan membeli barangan keperluan dimall dan kedai di luar sana, seharusnya ia dapat menghasilkan pendapatan sampingan Tapi itu lah, ramai yang tidak perhatikan hal ini. Kata orang Indonesia, "Konsumtif Mu Menjadi Produktif Mu".

Posting blog kali ini akan senaraikan Panduan Dan Cara Buat Duit Mudah di AtomyAza Mall khususnya buat pengunjung yang belum tahu dan nampak bagaimana mereka boleh mendapatkan pendapatan di sini. Mudah mudahan dalam tahun 2020 ini ramai yang boleh berjimat banyak kerana setiap perbelanjaan mereka akhirnya menghasilkan pendapatan, mungkin ditahap awal dapat sedikit, tapi lama kelamaan, yang sedikit demi sedikit itu mampu menjadi bukit. Dan ini benar benar telah pun terbukti khususnya di Korea Selatan.

1. Anda haruslah ahli AtomyAza (jika belum). Join dulu sebagai ahli/distributor kalau betul nak buat duit. Perkataan "distributor" atau pengedar di sini tidak langsung bermaksud bahawa anda perlu menjual @ berniaga. Status "distributor" ini juga bermaksud anda hanya sebagai pelanggan (sama seperti mendaftar dan shopping di Lazada, Shopee) dan membeli untuk kegunaan sendiri saja TAPI ingin juga mendapatkan point (PV) bagi setiap barang yang anda beli dan mengumpulnya. Point dan PV inilah yang menjadi asas untuk syarikat tentukan komisyen/bonus untuk anda walau pun anda tidak langsung menjual produk. Ini berbeza jika anda hanya join sebagai Pelanggan/Customer dimana anda tidak akan dapat kumpul point/PV tiap kali berbelanja.

2. Anda haruslah berbelanja untuk apa saja barangan keperluan di AtomyAza mall. Paling tidak, perlu beli sekali dalam setahun untuk memastikan akaun anda tidak tamat (expired). Beli lah apa pun barang, tak peduli berapa murah harganya asalkan anda mendapat poin/PV. Tapi jika anda inginkan PV anda cepat terkumpul dengan banyak, maka selalu lah beli barangan keperluan rumahtangga dan keluarga di mall ini. Lebih banyak dan kerap anda beli, lebih banyak dan cepat point/PV anda bertimbun. Hanya beli apa yang perlu dan boleh dimanfaatkan saja. Jika apa yang anda cari tidak dijual di AtomyAza, boleh saja beli di mall dan tempat lain. Tidak perlu beli apa yang anda tidak perlukan dan membazir duit. Tiap barangan di mall ini ada point/PV dan anda boleh lihat sendiri nilai PV setiap barang bila login ke website syarikat.

3. Kunci utama "pintu dapat duit" di AtomyAza Mall ada dua. Pertamanya Point/PV perbelanjaan peribadi terkumpul mestilah sekurang2nya 10,000 dan Point/PV Kumpulan minima 300,000. Bila dua keperluan ini terlaksana, tanpa perlu anda arahkan, tahu tahu duit komisyen akan dimasukkan ke akaun bank anda. Anda terpaksa mendapat dan menerimanya. Bila 2 kunci penting itu telah anda dapat, anda akan mula menerima komisyen lebih kurang RM80.00 (potensi duit harian).

Berapa banyak barang perlu beli untuk dapat 10,000 point/PV itu?. Bergantung kepada apa barang yang anda beli. Hampir semua barang mempunyai point/PV 1,000 ke atas, ada yang 25,000, ada yang 50,000 malah ada yang point/PV 100,000. Jadi nak capai 10,000 itu amat mudah. Tambahan pula point/PV itu dikira secara timbunan, tak akan yoyo malah akan sentiasa bertambah setiap kali kita shopping di mall ini (macam anai anai membina busut).

Berkenaan kunci yang kedua tadi, ia berkait dengan jumlah point/PV 2 Kumpulan (group). Untuk mendapatkan kunci ini pun tidak susah, hanya cerita dan kongsikan tentang kebaikan membeli belah di AtomyAza Mall pada sekurang2nya dua orang kawan (lebih ramai lebih cepat mendapat hasilnya). Beritahu kelebihan shopping di sini, tentang keahlian percuma selain tidak ada komitmen bulanan lain yang membebankan macam syarikat syarikat MLM di luar sana (ini perlu dijelaskan kerana ramai orang yang fobia mendengar perkataan MLM). Dua orang kawan ini setelah mendaftar sebagai ahli, akan membentuk 2 kumpulan ahli di bawah anda, kiri dan kanan. Mereka lah dua orang pelanggan/distributor pertama dalam kumpulan anda. 

Rujuk video di bawah untuk lebih faham:



Berdasarkan penerangan video di atas, anda pasti boleh nampak sekarang bagaimana dua kumpulan anda di kiri dan kanan itu akan berkembang serta membesar dan bagaimana salah satu dari kaki kumpulan anda (lazimnya di kiri) akan memanjang dengan ramai ahli ahli berada di bawah anda. Dan bila kaki di kiri itu bergerak sendiri dan pertambahan ahli di kaki itu berlaku secara auto, anda boleh tumpukan ke satu kaki saja iaitu di kanan. Ini tak ubah seperti anda hanya membina satu kaki saja, lebih mudah berbanding mana mana pelan pemasaran yang ada di pasaran dunia ketika ini. 

Anggapkan di kiri pada satu ketika telah ada 500 orang dan di kanan 200 orang. Apa saja yang mereka ini beli nanti akan ikut sumbangkan point/PV kepada anda iaitu PV Kumpulan Kiri dan PV Kumpulan Kanan. Poin/PV Kumpulan ini juga akan bertimbun (akumulasi). Bila PV di kaki kiri dan kanan ini masing2 sudah ada sekurang2nya 300,000, syarikat akan bayar komisyen terus ke akaun bank anda. Lebih ramai orang ada di dua kaki bawah anda itu, bertambah besar lah potensi pembelian mereka. Lebih ramai berbelanja berarti lebih banyak dan kerap anda mendapat point/PV yang bertimbun dan komisyen anda boleh bertambah dari RM80 ke RM240 atau ke RM540 dan boleh mencecah RM6,000 sehari.

Berapa banyak yang anda dapat nanti dan seberapa kerap komisyen anda (harian, mingguan @ bulanan), bergantung kepada PV Peribadi (pembelian anda sendiri) dan juga PV Kumpulan (pembelian ahli ahli dalam kumpulan anda)

Kat bawah ini adalah ringkasan potensi pendapatan anda jika:

1. PV Peribadi 10,000/PV Kumpulan 300,000 - boleh dapat RM80/hari
2. PV Peribadi 300,000/PV Kumpulan 300,000 - boleh dapat RM240/hari
3. PV Peribadi 700,000/PV Kumpulan 700,000 - boleh dapat RM540/hari
6. PV Peribadi 1.5 juta/PV Kumpulan 1.5 juta - boleh dapat RM1,050/hari
7. PV Peribadi 2.4 juta/PV Kumpulan 2.4 juta - boleh dapat RM1,560/hari
8. PV Peribadi 6 juta/PV Kumpulan 6 juta - boleh dapat RM3,000/hari
9. PV Peribadi 20 juta/PV Kumpulan 20 juta - boleh dapat RM5,000/hari
10. PV Peribadi 50 juta/ PV Kumpulan 60 juta - boleh dapat RM6,000/hari

* Banyak lagi faedah lain tapi tak perlu saya senaraikan di sini.

4. Mangajak dan rekomen 2 (minima) orang kawan membeli belah di AtomyAza Mall ini adalah suatu yang mesti bagi memastikan PV Kumpulan anda di kiri dan kanan terbentuk dan bertimbun. Disebabkan penyertaan adalah 100% percuma, ia tidak menjadi keberatan kepada sesiapa pun untuk ikut serta. Terpenting adalah menjelaskan kelebihan dan kebaikan membeli belah di mall ini kepada kawan, jiran atau mana mana prospek anda. Simple kan? Anda pun tak perlu risau tentang kerugian atau menipu wang modal sesiapa pun macam banyak program program merapu lain di luar sana. Hati pun tenang dan aman.

Bagaimana Boleh Mendapat Manfaat Jika Join AtomyAza Melalui Laman Blog Ini?

Kalau anda mendaftar hari ini (samada anda hanya sebagai pelanggan @ distributor), anda akan terus disusun di posisi kiri jaringan yang masih kosong di level bawah. Hari ini kedudukan anda pastilah terbawah kerana menyambung jaringan yang ada. Dan bila ada orang yang lain yang mendaftar selepas anda menerusi blog ini (samada 5 minit kemudian, besok, lusa, bulan atau beberapa tahun kemudian), semua mereka ini akan jatuh di bawah kaki kiri anda dan membentuk kumpulan di kaki kiri anda. Dengan kata lain jaringan kumpulan kiri anda akan sentiasa berkembang dan makin memanjang sekali pun anda tidak ambil peduli. Anda hanya perlu fokuskan di kaki kanan saja. Pastinya ini memudahkan untuk anda menjana pendapatan sambil beli barangan keperluan harian di mall ini.

*Ramai yang telah dapat manfaat menyertai AtomyAza melalui blog ini dan mempunyai ribuan ahli di bawah (termasuk dari luar negara) tanpa sebahagian mereka sedar malah bukan pun atas usaha sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan limpahan (spillover) yang digambarkan dalam video di atas tadi.

Pasaran AtomyAza mall adalah global. Potensinya pastilah besar kerana keahliannya boleh disertai berbilion penduduk dan masyarakat pengguna seluruh dunia. Maka lebih awal anda bersama AtomyAza, akan lebih besar peluang anda untuk mendapat limpahan dan spillover ahli ahli di berbagai negara di bawah anda. Dan untuk memulakan dan mempunyai akaun AtomyAza tidak memerlukan anda keluarkan modal hatta 1 sen pun dari poket anda. Malah anda boleh berkongsi tentang mall ini ke mana saja di luar negara jika ada kenalan. Keistimewaan ini hanya ada di AtomyAza saja, satu platform shopping online yang mendapat dokongan kerajaan Korea Selatan. Ianya platform yang benar benar bervisi murni.

Peluang Bisnes, Buat Duit Pendapatan Pasif Tambahan Online Tahun 2020

Sedang cari peluang buat duit tambahan online tahun 2020 ini?. Atau nak mulakan bisnes internet serta menjana income pasif mudah tapi tanpa modal besar serta tanpa resiko diambang tahun baru 2020 ini?. Peluang buat duit online murni di Atomy dan Aza Mall Korea adalah antara platform yang terbaik, berpotensi besar malah telah pun terbukti dimana puluhan juta orang diberbagai negara telah mendapat manfaat darinya.

AtomyAza Korea benar benar menyediakan satu peluang menjana pendapatan online yang murni dan tulus, tidak ada mana mana platform perniagaan gergasi online lain yang dapat menandingi kemurnian misi dan visi syarikat ini yang benar benar mengutamakan kebajikan masyarakat pengguna di seluruh dunia. Kenapa Atomy dan Aza Mall Korea ini dikatakan terbaik?.

Ini Antara Kelebihan Atomy Aza Mall Korea:

1. Keahliannya tanpa modal, daftar percuma akaun dan boleh terus jalankan perniagaan. Bermaksud ianya tiada resiko kerugian kerana tiada modal yang terlibat.
2. Tidak ada syarat wajib beli/maintain bulanan (seperti kebanyakan yang lain) untuk kelayakan mendapatkan bonus/komisyen. Ertinya ia tidak langsung membebankan.
3. Dengan akaun percuma yang diberi, boleh jalankan perniagaan dan menjana pendapatan online di seluruh dunia, tanpa sempadan geografi.
4. Pilihan produk tidak saja ratusan malah ribuan dan puluhan ribu termasuk barang2 keperluan harian pada harga setara atau lebih murah berbanding di tempat lain. 
5. Tidak pun perlu menjual barang untuk buat duit di Atomy dan Aza Mall. Cukup hanya membeli barangan keperluan harian di sini (hanya alih perbelanjaan terhadap barangan keperluan anda selama ini di tempat lain ke mall ini, itu saja dan tidak perlu lagi keluarkan perbelanjaan tambahan lain).
6. Kenalkan atau kongsi kelebihan shopping di Atomy Aza Mall ini kepada setidaknya 2 orang kawan dan ajak mereka membeli belah di sini (kerana banyak pilihan barangan keperluan, harga setara malah lebih murah, dapat poin dan boleh dapat duit tunai tambahan tiap tiap minggu). Kunci buat duit besar di mall Korea ini ialah "Ajak 2 Orang Kawan Shopping di Atomy Aza Mall", itu saja!
7. Ada jaminan kualiti dan keselamatan tiap barang yang dibeli lengkap dengan "Money Back Guaranty" (pulangkan barang jika tidak puas hati dan dapatkan duit kembali)
8. Pelan Pembayaran Bonus (Pay Plan) paling mudah di dunia berasaskan sistem Binari Murni 2 Kaki Infiniti Level. Dengan hanya konsep kongsi " 1 ajak 2" @ setiap ahli hanya mengajak 2 kawan membeli belah di sini, jaringan keahlian boleh berkembang dan memanjang hingga jutaan orang merentasi banyak negara. Semua ahli ahli di bawah yang shopping di Atomy Aza Mall ini akan sumbangkan poin kepada anda dan seterusnya pendapatan yang makin lama makin membesar.
9. Bonus/komisyen dibayar secara automatik terus ke akaun bank setiap hari Selasa (tanpa perlu buat arahan pengeluaran bonus seperti dibanyak platform lain). Dengan kata lain, Anda Terpaksa Terima Bonus (wajib ada akaun bank atas nama sendiri).
10. Atomy Aza Mall ini adalah sebuah syarikat yang didokong oleh kerajaan Korea Selatan sendiri melalui penglibatan KAERI iaitu Institut Penyelidikan Tenaga Atom Korea (institusi inilah yang terlibat dalam pembangunan teknologi2 terkini produk yang dihasilkan atas jenama Atomy menerusi kilang Kolmar Korea BNH (antara kilang terbesar di dunia).

Cuba tanya diri sendiri! Selama ini berapa banyak sudah anda habiskan setiap bulan untuk beli barangan keperluan diri dan keluarga di kedai atau mall di luar sana?. RM100? RM500? RM1,000 atau lebih???. Kemudian kirakan berapa kali dan sebanyak mana duit atau bonus yang telah anda dapat atau diberi oleh empunya kedai atau tokey mall yang menjadi pilihan anda bershopping sekian lama??? Apa balasan yang anda dapat atas kesetiaan anda menjadi pelanggan di mall berkenaan???.

Jika memang anda sering mendapat sejumlah wang tunai yang banyak dari pemilik kedai dan mall tersebut, maka tak perlu lah lagi anda sertai Atomy Aza Mall ini. Tapi jika sebaliknya dan anda mahu buat duit dari amalan membeli belah anda selama ini yang tidak pun mendatangkan apa apa pendapatan dan habuan, anda WAJIB menyertai Atomy Aza Mall dan anda perlu kongsikan kelebihan mall ini dengan kawan kawan, ajak mereka berpindah dan membeli belah apa saja keperluan yang ada di mall ini dan santai santai buat duit, tahu tahu duit masuk ke akaun bank anda tiap tiap minggu hari Selasa. 

Berapa banyak bonusnya? Boleh saja RM80 seminggu, atau RM250 atau RM750 malah ada yang telah mendapat RM10,000 lebih tiap tiap minggu secara konsisten dan berterusan (tak perlu saya sebutkan angka yang berganda lebih besar walau pun ianya telah terbukti sudah kerana mungkin ada yang akan meraguinya waau pun kenyataannya adalah begitu).

Baca juga posting Pelancaran AtomyAza Mall !

Kalau perlukan penjelasan yang lebih jelas, terus saja Whatsapp Saya kat SINI! Insyallah saya akan call dan beri penerangan sejelas2nya, insyallah.