AzaMall Atomy Rasmi Dilancarkan Di Korea Pada 24 December 2019

AtomyAza Mall telah dilancarkan secara rasmi di Korea Selatan 2 hari lepas iaitu pada 24/12/2019. Namun untuk permulaan selama tempoh 1 tahun, ia hanya dibuka kepada warga tempatan dan permastautin di negara berkenaan. Diperingkat awal ini terdapat lebih kurang 5,000 jenis barangan keperluan harian berbagai katogeri dijual di mall ini. Angka ini akan ditambah dari masa ke semasa. Setiap barangan yang dijual mempunyai nilai PV dan perbelanjaan peribadi serta ahli ahli di dalam jaringan akan menyumbangkan pendapatan kepada ahli AtomyAza yang membeli belah di mall ini. Ia adalah tambahan kepada apa yang ada di Atomy Mall sebelumnya.

AtomyAza Mall Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand dan negara negara di luar Korea Selatan hanya akan beroperasi seawal December 2020 iaitu setahun berikutnya selepas tarikh pelancaran rasmi AtomyAza di Korea Selatan. Ini bermakna ahli ahli Atomy sedia ada yang bukan warga dan pemastautin tetap di negara gangnam itu, harus sabar menunggu satu tahun lagi dari sekarang sebelum dapat menikmati manfaat berbelanja di mall tersebut sebagaimana yang telah didapati di Atomy Mall selama ini. 




Anda boleh akses AtomyAza Mall Korea ini di pautan www.atomyaza.co.kr

Tonton video panduan dan cara mengakses website/mall berkenaan


*Jika anda adalah ahli Atomy yang telah tamat tempoh keahlian, segera daftar semula (percuma) kalau tidak mahu terlepas peluang membeli belah ribuan barangan keperluan harian di Aza Mall sambil menjana pendapatan yang lebih besar potensinya berbanding apa yang ditawarkan di Atomy Mall sebelum ini. Klik SINI untuk bantuan pendaftaran semula @ hubungi distributor/rakan yang memperkenalkan Atomy kepada anda sebelumnya untuk bantuan!

BB Cream Korea Terbaru 2020 Absolute Series

BB Cream Korea teknologi tinggi siri Absolute terbaru diambang tahun 2020 buatan Kolmar Korea BnH, diedarkan oleh Atomy Korea. BB Cream pilihan terbaik masa kini yang harus dicuba oleh penggemar BB Cream yang mementingkan keberkesanan, selamat serta halal digunakan. Kini Absolute BB Cream ini sudah dijual di Malaysia.

Kelebihan Atomy Absolute BB Cream

1. Memberi kesan pencerahan pada kulit
2. Mengurangkan kesan kedutan/keriput akibat proses penuaan/aging
3. Melindungi lapisan kulit dengan adanya pelindung SPF50+ dan PA++++

Pengguna BB Cream Absolute ini akan mendapati kulit mereka kian cerah kesan tindakan essence "Selective Brightening Code" 4 jenis tumbuhan

a. Kulit akan lebih bercahaya (glowing) dengan "Melting Essential System" yang amat kaya dengan nutrisi.
b. Memberi kesan lembapan yang luar biasa (Hyper Moisturizing Effect) dan melindungi kulit
c. Sistem kawalan minyak tersendiri yang akan menutupi segala flek, kulit kasar serta tone kulit yang tidak seragam. Ianya cepat meresapi ke dalam lapisan kulit.
d. Kulit tidak saja menjadi lebih cerah malah lebih kenyal hasil tindakan "Selective Brightening Code" dan juga "Soft Focus Effect" dengan meninggalkan kilauan yang natural.
e. "Fitting Polimer" pula akan memberi kesan ketegangan kulit yang merata dan mampu menjadikan makeup yang dipakai dapat bertahan lebih lama serta tidak bergumpal.

Menariknya BB Cream Absolute Series ini didatangkan dalam 3 pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan keperluan warna kulit iaitu:

* No 13 - Untuk kulit cerah
* No 21 - Untuk kulit sederhana cerah
* No 23 - Sama tone kulit natural

Kandungan: Setiap bekas mengandungi 33 ml

Harga: RM64.00







Cara Penggunaan (Video)