Rambut & Tubuh

Hampir separuh kaum lelaki hari ini yang terlibat dengan masalah kebotakan dan keguguran rambut manakala 1 dalam 4 wanita akan mengalami tahap kehilangan rambut pada usia 50 an. Kebanyakan kes berpunca dari genetik, tetapi banyak juga boleh disebabkan oleh faktor tekanan, pemakanan yang tidak sihat atau penyakit yang berkaitan dengan kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon, kemoterapi, atau ubat-ubatan. Produk produk penjagaan rambut dan tubuh (hair and body care) jenama Atomy kami dirumus khas menggunakan bahan-bahan tulen semula jadi yang diekstrak daripada herba, memelihara kulit kepala, rambut dan kulit yang lebih sihat dan lembap. 

3 bahagian sistem penjagaan rambut kami ini termasuk:

*Syampu berubat yang mengandungi triclosan, agen anti-bakteria yang meningkatkan keanjalan rambut dan menghalang keguguran rambut

*Pek rawatan rambut yang kaya dengan kelembapan untuk rambut kering dan rosak.

*Serum inovatof anti-keguguran rambut yang boleh digunakan secara bersendirian atau bersama-sama produk lain untuk hasil yang maksimum

Manakala pembersih badan semula jadi kami yang diperbuat daripada ekstrak herba terbaik melengkapkan set penjagaan peribadi, ianya bertindak secara mendalam bagi melembapkan kulit walau pun kulit jenis gatal dan kering.

Bagi kebanyakan orang yang menderita masalah kehilangan rambut yang sederhana atau kronik, terdapat banyak produk di pasaran yang menawarkan keputusan yang minimum. Berbanding dengan rawatan pertumbuhan semula rambut yang terkemuka di pasaran hari ini, sistem penjagaan rambut Atomy yang kami edarkan adalah separuh harga malah 100 kali lebih tulen buatannya untuk hasil yang optima!

Produk produk sistem penjagaan rambut dan tubuh yang terdapat dalam mall kami antaranya ialah Herbal Hair Treatment, Herbal Hair Shampoo, Hair ConditionerHerbal Body Cleanser dan lain lain. Keseluruhan produk katogeri ini, boleh lihat di Mall USA atau Korea.




👉  ATOMY HAIR & BODY  👈