Aza Mall - Kolaborasi Atomy Dan Konglomerat Gergasi Dunia

Berbeza dengan Atomy yang hanya memasarkan rangkaian pelbagai produk jenama Atomy, hasil produksi kilang milik sendiri khususnya kosmetik, produk kecantikan dan kesihatan melalui Mall Online Atomy, AZA MALL pula lebih memfokus kepada pemasaran produk produk beraneka katogeri yang dihasilkan oleh pengeluar pengeluar besar terpilih termasuklah konglamerat dari Korea Selatan sendiri seperti Samsung, LG, Lotte Mart, HomePlus dan banyak lagi. Kolaborasi menubuhkan AZA MALL ini akan membuka ruang kepada masyarakat pengguna/pelanggan dunia untuk pilihan berbelanja yang lebih luas terhadap lebih 50,000 jenis produk keperluan ramai. Dengan kata lain, AZA MALL adalah pelengkap kepada Atomy Mall dalam usaha gergasi multi billion Korea Selatan ini untuk menguasai sebahagian pasaran barangan keperluan masyarakat seluruh dunia. Sejarah telah pun membuktikan bahawa Korea Selatan telah mampu mengenengahkan syarikat syarikat raksaksa mereka yang telah pun diperakui dan diterima diseluruh dunia hatta di kalangan negara negara Eropah, satu pasaran yang paling sulit ditembusi syarikat syarikat dari rantau timur Asia.




Kelainan AZA MALL berbanding Atomy Mall ialah dari sudut keahlian, variasi dan sumber produknya . Para pengguna atau pelanggan yang ingin membeli produk di Atomy Mall, misalnya kosmetik, mereka perlu mendaftar dahulu samada sebagai pelanggan (customer) atau sebagai pengedar (distributor) Atomy. Setelah itu barulah dapat memulakan pembelian  dan menikmati segala insentif yang tersedia. Tetapi AZA MALL terbuka kepada semua orang dimana pembeli/pengguna bebas berbelanja untuk mendapatkan harga lebih jimat tanpa perlu membuat permohonan sebagai ahli atau pengedar. Ia tidak ubah seperti mana anda berbelanja di Lazada, Ebay, Shopee, Lelong dan dimana mana online shopping mall lain.

Bagaimana pun para pengguna yang mahu berbelanja untuk keperluan sendiri atau untuk tujuan berniaga online dari rumah serta mahu mendapatkan pendapatan sampingan dari berbagai bentuk insentif yang syarikat sediakan, maka perlulah dahulu mendaftar PERCUMA sebagai ahli (distributor). Selaku ahli/distributor, anda berpeluang berbelanja atau menjalankan perniagaan ini ke mana saja tanpa batas sempadan dan berhak memperolehi pendapatan yang mungkin luar biasa dari kepintaran manfaatkan AZA MALL ini. Dan tentunya ahli ahli Atomy sedia ada paling beruntung dari usaha terbaru ini.

Bermacam produk bakal terjual di AZA MALL merangkumi produk berasaskan pemakanan, produk digital, barangan kecantikan, peralatan keperluan rumah, kelengkapan sukan, bayi, pakaian, perabot sehinggalah perkhidmatan seperti pelancungan, insuran, layanan kiriman hadiah/buah tangan dan sebagainya. Dengan adanya lebih dari 50,000 rangkaian produk dari berbagai kumpulan ini, berarti pengguna/pelanggan mempunyai pilihan yang cukup luas dan tentunya ini menjadi satu kelebihan AZA MALL untuk menguasai sebahagian pasaran pengguna dunia. Dan barang tentu ini juga adalah satu kesempatan baik buat siapa pun yang memilih menjadi ahli di AZA MALL. Menjadi satu hal yang pelik jika ada yang masih menolak satu kesempatan berbelanja secara berjimat diera yang serba serbi mahal hari ini malahan berpeluang pula meraih rezki tambahan. Bukan kah begitu?.

*** Aza Mall dirancang pembukaan/pelancarannya pada Ogos @ September, 2019 [ sumber dari CEO Park Han Gill ]. Menjadi sebahagian dari Aza Mall (keahlian Percuma), anda tidak saja boleh berbelanja jimat keatas lebih 50,000 rangkaian produk malah berpeluang bisnes ke seluruh dunia tanpa tekanan, bebanan mau pun resiko.


Baca Pelancaran Rasmi AtomyAza Mall di Korea 

No comments:

Post a Comment