AzaMall Atomy Rasmi Dilancarkan Di Korea Pada 24 December 2019

AtomyAza Mall telah dilancarkan secara rasmi di Korea Selatan 2 hari lepas iaitu pada 24/12/2019. Namun untuk permulaan selama tempoh 1 tahun, ia hanya dibuka kepada warga tempatan dan permastautin di negara berkenaan. Diperingkat awal ini terdapat lebih kurang 5,000 jenis barangan keperluan harian berbagai katogeri dijual di mall ini. Angka ini akan ditambah dari masa ke semasa. Setiap barangan yang dijual mempunyai nilai PV dan perbelanjaan peribadi serta ahli ahli di dalam jaringan akan menyumbangkan pendapatan kepada ahli AtomyAza yang membeli belah di mall ini. Ia adalah tambahan kepada apa yang ada di Atomy Mall sebelumnya.

AtomyAza Mall Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand dan negara negara di luar Korea Selatan hanya akan beroperasi seawal December 2020 iaitu setahun berikutnya selepas tarikh pelancaran rasmi AtomyAza di Korea Selatan. Ini bermakna ahli ahli Atomy sedia ada yang bukan warga dan pemastautin tetap di negara gangnam itu, harus sabar menunggu satu tahun lagi dari sekarang sebelum dapat menikmati manfaat berbelanja di mall tersebut sebagaimana yang telah didapati di Atomy Mall selama ini. 




Anda boleh akses AtomyAza Mall Korea ini di pautan www.atomyaza.co.kr

Tonton video panduan dan cara mengakses website/mall berkenaan


*Jika anda adalah ahli Atomy yang telah tamat tempoh keahlian, segera daftar semula (percuma) kalau tidak mahu terlepas peluang membeli belah ribuan barangan keperluan harian di Aza Mall sambil menjana pendapatan yang lebih besar potensinya berbanding apa yang ditawarkan di Atomy Mall sebelum ini. Klik SINI untuk bantuan pendaftaran semula @ hubungi distributor/rakan yang memperkenalkan Atomy kepada anda sebelumnya untuk bantuan!

BB Cream Korea Terbaru 2020 Absolute Series

BB Cream Korea teknologi tinggi siri Absolute terbaru diambang tahun 2020 buatan Kolmar Korea BnH, diedarkan oleh Atomy Korea. BB Cream pilihan terbaik masa kini yang harus dicuba oleh penggemar BB Cream yang mementingkan keberkesanan, selamat serta halal digunakan. Kini Absolute BB Cream ini sudah dijual di Malaysia.

Kelebihan Atomy Absolute BB Cream

1. Memberi kesan pencerahan pada kulit
2. Mengurangkan kesan kedutan/keriput akibat proses penuaan/aging
3. Melindungi lapisan kulit dengan adanya pelindung SPF50+ dan PA++++

Pengguna BB Cream Absolute ini akan mendapati kulit mereka kian cerah kesan tindakan essence "Selective Brightening Code" 4 jenis tumbuhan

a. Kulit akan lebih bercahaya (glowing) dengan "Melting Essential System" yang amat kaya dengan nutrisi.
b. Memberi kesan lembapan yang luar biasa (Hyper Moisturizing Effect) dan melindungi kulit
c. Sistem kawalan minyak tersendiri yang akan menutupi segala flek, kulit kasar serta tone kulit yang tidak seragam. Ianya cepat meresapi ke dalam lapisan kulit.
d. Kulit tidak saja menjadi lebih cerah malah lebih kenyal hasil tindakan "Selective Brightening Code" dan juga "Soft Focus Effect" dengan meninggalkan kilauan yang natural.
e. "Fitting Polimer" pula akan memberi kesan ketegangan kulit yang merata dan mampu menjadikan makeup yang dipakai dapat bertahan lebih lama serta tidak bergumpal.

Menariknya BB Cream Absolute Series ini didatangkan dalam 3 pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan keperluan warna kulit iaitu:

* No 13 - Untuk kulit cerah
* No 21 - Untuk kulit sederhana cerah
* No 23 - Sama tone kulit natural

Kandungan: Setiap bekas mengandungi 33 ml

Harga: RM64.00







Cara Penggunaan (Video)

AzaMall Korea Launching Day UpDates

Jadual perancangan pembukaan AzaMall Atomy Korea telah diumumkan. Ia bakal terdiri dari Mall Aza dan Mall franchise. Bagaimana pun pembukaan mall online ini mendahulukan penduduk Korea Selatan iaitu pada 12 December 2019. Hanya penduduk di Korea saja dapat membeli belah mulai 12 December 2019 dan manfaatkan faedah faedah yang disediakan Aza Mall. Ini berkemungkinan sebagai satu "test run" sebelum ianya terbuka kepada pasaran lebih besar iaitu di luar Korea Selatan.

Dari sumber dalaman Atomy Korea, Aza Mall global atau pasaran internasional dikatakan hanya akan dibuka pada December 2020 iaitu setahun kemudiannya. Dan pada Jun 2021, Mall franchise akan ikut menyusul.

Di fasa awal Aza Mall hanya akan mengandungi 5,000 ~10,000 pilihan produk dan angka ini akan beransur meningkat ke 100,000 jenis produk pada masa depan. Pihak pengurusan masih dalam proses rundingan dengan pembekal pembekal luar negara untuk melengkapkan mall ini bagi pasaran global.

Sentiasa kembali ke laman ini dari masa ke semasa untuk mendapatkan berita berita terkini berkenaan Aza Mall Korea dan bagi memastikan anda adalah antara yang terawal menjadi sebahagian dari Aza Mall khususnya di Malaysia.


AtomyAza Mall Homepage DiMuat Naik Ke Ruang Maya Internet

Seperti dinyatakan dalam posting sebelumnya, kini homepage Aza Mall Atomy sudah dimuat naik ke ruang internet. Ini berarti waktu pelancaran rasmi Aza Mall kian hampir iaitu setelah rangkaian berbagai produk keperluan harian yang dikatakan mencecah 50,000 jenis, selesai diupload ke mall online Aza Mall oleh pasukan IT Atomy Korea. Dengan puluhan ribu pilihan produk terpilih berbanding ratusan yang ada di mall online Atomy sekarang, sudah pasti jualan akan meroket berkali ganda. Orang ramai akan menjadi lebih tertarik untuk berbalanja di AtomyAza Mall kerana selain pilihan produk yang banyak, tiap belian produk juga akan mendapat point (PV) yang akhirnya menghasilkan pendapatan bukan sedikit kepada ahli ahli/pengguna.

Klik url www.atomyaza.com/english ini jika ingin ke homepage mall tersebut atau anda boleh juga klik tombol Aza Mall di bahagian atas laman blog ini.

Sedar kah anda bahawa jika menjadi ahli di AtomyAza (percuma) dan membeli belah barang keperluan di mall online Korea ini, potensinya amat besar sekali. Dengan hanya perkenalkan kelebihan berbelanja di mall ini kepada hanya 2 kawan, jiran atau siapa saja, anda berpeluang mendapat pendapatan sampingan lumayan dari Pelan Binari Global Infiniti AtomyAza (ini jarang sekali dijumpai dimana mana pun syarikat lain).

Bersedialah jika anda ingin benar benar mahu menjana duit sambil satai santai berbelanja barangan keperluan harian. Hubungi kami jika anda masih tidak jelas tentang hal ini. JIka ada mall yang menghargai anda sebagai pelanggan setia dengan mengembalikan sebahagian keuntungan mereka kepada anda, kenapa masih terus berbelanja di mall yang tidak pun pernah menyumbangkan apa apa kepada anda sedangkan sudah puluhan tahun anda setia membeli belah dari mereka?

Jadilah pengguna pintar kerana apa yang selama ini kita telah belanjakan untuk keperluan harian, seharusnya ia juga dapat menjana setidaknya sedikit pendapatan sampingan buat diri dan keluarga. Dan ini akan boleh anda nikmati di AtomyAza Mall nanti.


Baca juga Pelancaran Rasmi AtomyAza Mall di Korea 

Bedak Asas Foundation Korea Kolmar Yang Mesti Dimiliki. Lebih Glowing, Lebih Tahan Lama

Tiap manusia mempunyai tona kulit berbeza. Maka pemilihan bedak asas atau foundation perlulah sesuai dengan tona dan jenis kulit agar peranan bedak berkenaan ikut dapat menutup kekurangan dan cela pada kulit wajah untuk tampil lebih menyakinkan. Namun kelihatan cantik dengan wajah yang glowing saja tidak memadai, sebaliknya foundation berkenaan haruslah tidak memberi kesan buruk pada kulit malah ia seharusnya membantu menyihatkan lagi kulit kita.

Seperti dibanyak negara lain, gadis dan wanita Korea juga mementingkan penggunaan bedak asas dan ia adalah satu kemestian dalam kehidupan harian. Negara Korea memang terkenal dengan produk produk penjagaan kulit dan kecantikan dan tidak terkecuali produk bedak asas atau foundation powder seperti Atomy Cushion Foudation keluaran  Kolmar BNH Korea ini,


Ciri-ciri Atomy Cushion Foundation

1) Penutupan Sempurna
Memberi lapisan foundation yang nipis dan halus agar foundation dapat menutupi garis-garis halus, kedutaan dan liang pori muka untuk kelihatan lebih sempurna

2) Kelembapan Kulit
Mempunyai Hyaluronic Acid yang membentuk lapisan lembap tanpa kesan melekit

3) Menyerikan Kulit
Dirumuskan dengan adunan minyak menyerikan dan menyihatkan kulit secara semulajadi

4) Konsistensi
Sabum "catch powder" memastikan penutupan wajah yang berterusan dan berpanjangan

5) Pemakaian Yang Mudah
Tekstur berkrim yang cepat mesra dengan kulit

6) Puff Kusyen
a. Antimikrob yang menghalang pertumbuhan 99.9% bakteria

b. Tahan lama dan kalis air
c️. Tumpat
d️. Mesra Alam

7) 2 Jenis Warna Untuk Kulit Muka
a. 21 Ivory

b. 23 Vanila


Tonton & Dengar Video Review berikut: