AzaMall Korea Launching Day UpDates

Jadual perancangan pembukaan AzaMall Atomy Korea telah diumumkan. Ia bakal terdiri dari Mall Aza dan Mall franchise. Bagaimana pun pembukaan mall online ini mendahulukan penduduk Korea Selatan iaitu pada 12 December 2019. Hanya penduduk di Korea saja dapat membeli belah mulai 12 December 2019 dan manfaatkan faedah faedah yang disediakan Aza Mall. Ini berkemungkinan sebagai satu "test run" sebelum ianya terbuka kepada pasaran lebih besar iaitu di luar Korea Selatan.

Dari sumber dalaman Atomy Korea, Aza Mall global atau pasaran internasional dikatakan hanya akan dibuka pada December 2020 iaitu setahun kemudiannya. Dan pada Jun 2021, Mall franchise akan ikut menyusul.

Di fasa awal Aza Mall hanya akan mengandungi 5,000 ~10,000 pilihan produk dan angka ini akan beransur meningkat ke 100,000 jenis produk pada masa depan. Pihak pengurusan masih dalam proses rundingan dengan pembekal pembekal luar negara untuk melengkapkan mall ini bagi pasaran global.

Sentiasa kembali ke laman ini dari masa ke semasa untuk mendapatkan berita berita terkini berkenaan Aza Mall Korea dan bagi memastikan anda adalah antara yang terawal menjadi sebahagian dari Aza Mall khususnya di Malaysia.


No comments:

Post a Comment