Orang Korea kebanyakannya bertubuh kurus tinggi dan wanitanya kurus ramping. Jika anda ke Korea Selatan, memang jarang untuk melihat orang Korea bertubuh gemuk. Berubuh kurus tinggi lampai dan ramping menguntungkan kerana dapat bergaya dengan berbagai fesyen pakaian, nampak lebih anggun dan cantik. 7 amalan orang Korea yang membantu mereka mendapatkan tubuh kurus dan ramping berikut bolehlah dicontohi, setidaknya sebahagian darinya:
1. Penggemar Sayuran
Kerana sejak muda dia terbiasa diberi sayur-sayuran dan
buah-buahan, itu menjadi makanan wajib yang mesti selalu dimakan. Bagi kita, masih ramai kanak-kanak kecil dan juga orang dewasa yang tidak menyukai
sayur-sayuran
2. Jarang Makan Makanan Ringan (Junk Food)
Ini nampak sukar untuk ditiru. Di Malaysia ramai yang suka melepak di KFC, Mc D dan lain lain, Majlis hari jadi pun khususnya untuk anak anak kerap diraikan di premis makanan segera tersebut. Waktu makan tengah
hari orang Korea, jika bukan sup sayuran, mungkin barbeque iaitu makanan yang dibakar atau direbus.
Selain sayur-sayuran orang Korea juga gemar makan makanan
laut dan sayur-sayuran segar. Pasti lebih sihat. Sedangkan di Malaysia setiap rumah sering mengamalkan makanan seperti sosej, nugget malah juga mee segera yang jelas tidak sihat dan menggemukkan.
4. Suka Minum Teh
Di Korea kanak-kanak atau orang dewasa yang melepak di luar sering minum teh. Untuk waktu malam pula biasanya mereka juga mengambil teh (khususnya teh hijau) dan bukan kopi atau minuman soda dan bergas seperti di Malaysia.
5. Amalan Makan Kimchi / Makanan Yang Ditapai
Anda tahu kimchi bukan?, iaitu makanan popular Korea Selatan. Ternyata makanan yang ditapai mempunyai banyak vitamin dan mineral yang menjadikan tubuh sihat. Selain itu asam dan cuka yang terkandung dalam kimchi akan menjadikan anda kenyang lebih lama dan ini membantu kuruskan badan kerana nafsu makan anda berkurang.
6. Suka Berjalan Kaki Dan Mendaki
Inilah amalan yang perlu dilakukan oleh kita di Malaysia. Di Korea dan juga Jepun, laluan khusus untuk pejalan kaki banyak yang lebih lebar berbanding jalan raya sendiri. Ke mana sahaja orang Korea serta Jepun dsuka berjalan kaki (malah pantas) dan cenderungmenggunakan pengangkutan awam. Mereka jarang mengguna kenderaan persendirian.
7. Kegemukan Jadi Bahan Usikan/Buli
Haa!!! Yang satu ini ada sedikit berbeza dengan budaya kita. Kanak-kanak gemuk dan gempal masih dianggap sihat dikalangan kita di Malaysia. Sementara di Korea Selatan, anak anak kecil amat jarang yang gemuk, begitu juga orang dewasa. Terdapat pandangan mengatakan bahawa orang yang berlebihan
berat badan atau gemuk di Korea sukar untuk mendapat kekasih hati. Pengalaman saya bertemankan kawan Korea (beliau tinggal di Malaysia kerana mengembangkan perniagaan Atomy) membenarkan tanggapan ini kerana pernah teman beliau menyatakan kepada saya bahawa isterinya melarangnya pulang ke Korea jika tubuhnya bertukar gemuk atau boroi. Maka tidak menghairankan, jika
ada seseorang di Korea yang badannya obes atau gemuk, mereka pasti mencuba diet yang berbagai untuk kembali kurus dan ramping.
Menyedari keperluan masyarakat Korea yang prihatin dalam mengekalkan bentuk badan yang kurus, tinggi lampai dan ramping (bagi wanita) dan disebabkan faktur masa yang kian terbatas kerana kesibukan masing masing, Atomy dengan kerjasama KEIRI dan KOLMAR B&H telah menghasilkan Minuman Diet berasaskan soya iaitu Atomy Shake yang didatangkan dalam 2 perasa, Atomy Shake Soya Multi Grain & Atomy Shake Soya Green Tea. Atomy Shake sejak dipasarkan di Korea Selatan memang mendapat sambutan dari orang ramai kerana keberkesanannya dalam menguruskan badan tanpa perlu berlapar malah ia mengekalkan tenaga. Malah produk ini yang baru berada di pasaran Malaysia, juga seperti goreng pisang panas, kerap kehabisan stok kerana menjadi buruan ramai yang inginkan tubuh slim dan menarik seperti mereka mereka di Korea Selatan.
Atom Shake sesuai kepada:
1. Mereka yang ingin menurunkan berat badan,
2. Mereka yang ingin mempunyai badan yang FIRM.
3. Mereka yang sentiasa rasa lapar atau kembung perut selepas
mengambil makanan gantian
Versi Upgraded Soya Shake ini membantu menurunkan berat badan dengan mudah kerana:
* Senang dihadamkan
* Mengandungi protein yang mudah diserap oleh badan.
* Menggalakkan pengukuhan otot-otot
* Paling penting adalah rasa lazat dan rasa kenyang untuk tempih lebih lama
Pemakanan sihat + senang dibawa + senang dibancuhkan
No comments:
Post a Comment