Atomy Penipu Tiada Lesen AJL Dan SCAM?

Atomy Malaysia Korea bisnes penipu, tak ada lesen perniagaan dan berpotensi scam!.Begitulah tanggapan banyak orang sewaktu Atomy mula masuk ke pasaran Malaysia penghujung tahun 2017 dulu. Tuduhan ini timbul kerana terdapat sebahagian orang yang telah mempromosikan bisnes Atomy sebelum ianya secara rasmi dilancarkan di Malaysia. Mereka mereka ini telah mendapat maklumat tentang kehebatan dan kemurnian perniagaan ini dari teman teman di luar negara, dan terus membuat "ground-work", mempromosikan dan membina pre-network masing masing. Ini kerana mereka amat faham maksud " First Mover Advantage" atau "Early Birds Catch Worm".

Kemurnian Atomy terserlah kerana syarikat Korea Selatan ini hanya mula memasarkan produk produk mereka setelah syarikat terdaftar secara sah dan lesen Akta Jualan Langsung (AJL) diperolehi secara rasmi dari kerajaan Malaysia, tidak seperti kebanyakan syarikat MLM lain yang beroperasi dan mengambil pembayaran dari orang ramai walau pun belum mendapat lesen AJL. Ternyata syarikat Korea satu ini amat berprinsip dan tidak membelakangkan undang undang sama sekali. Sedar atau tidak, Atomy Malaysia telah pun melahirkan beberapa orang jutawan dimana mereka ini berpendapatan enam angka Ringgit Malaysia sebulan. Saya dan Encik suami sendiri pun telah mengutip puluhan ribu Ringgit Malaysia walau pun menjalankan Atomy ini secara santai santai saja hanya dari rumah menggunakan hp dan menyertai meeting secara online saja dengan manfaatkan teknologi masa kini (tak perlu buang masa, tenaga, petrol dan duit untuk keluar ke tempat tempat meeting seperti dulu dulu yang hanya merugikan)

Disebabkan visi dan misi murni founder Atomy dan perjalanan syarikat ini secara beretika, mementingkan masyarakat pengguna, hari ini ramai nama nama besar dan selebriti telah pun menyertai Atomy walau pun mereka mereka ini diketahui umum telah mempunyai kedudukan teguh termasuk dalam soal kewangan. Penyertaan Dr Tengku Asmadi, Dato Fazhilah Kamsah, Professor Muhaya, Ustazah Nor Baayah, Ustaz Wan Akasyah dan ramai lagi dalam Atomy membuktikan bahawa gergasi MLM Korea Selatan ini mempunyai kelebihan tersendiri dan amat diyakini.

Amat jarang sebuah syarikat gergasi MLM bertaraf global membenarkan orang ramai menyertai mereka dan memulakan perniagaan tanpa modal. Tetapi Atomy membenarkan orang ramai menyertai syarikat dan memiliki akaun rasmi perniagaan masing masing tanpa mengeluarkan walau satu sen pun duit poket. Amat banyak kelebihan Atomy ini dan anda boleh rujuk di pautan ini !

Ketika ini Atomy telah pun beroperasi dibelasan buah negara dan akan memasuki puluhan buah negara lain di dunia ini. Dengan mendaftar hanya satu akaun (1 ID) secara percuma, ahli Atomy boleh berniaga di seluruh dunia. Jaringan akan berkembang menjalar keluar negara tanpa kita sedar. Saya dan Encik suami juga mengalami sendiri hal ini dimana jaringan ahli di bawah telah sampai ke Korea, Amerika, Australi, Indonesia, Filipina, Singapore dan banyak lagi. Ini lah kelebihan Atomy khususnya jika kita cepat mengambil peluang yang datang. Tapi malangnya ramai yang tidak menghargai sesuatu yang percuma dan membuatkan mereka ketinggalan.

Alhamdulillah, ramai yang menyertai Atomy setelah menemui blog kami ini, telah pun mendapat jaringan ahli secara automatik di bawah mereka hasil spillover. Malah ada diantara mereka ini tidak menyedari bahawa pembelian ahli ahli Atomy yang ramai di bawah mereka ini telah pun mencecah ratusan juta PV selain jaringan ahli mereka pun telah menular hingga ke luar negara. Lebih cepat anda menyertai kami, maka lebih besar peluang anda mendapat limpahan ahli di bawah anda kerana setiap orang yang mendaftar selepas anda akan tersusun di bawah anda selain anda akan mendapat sokongan secukupnya dalam group whatsapp yang disediakan. Anda tak akan keseorangan kerana konsep Atomy adalah secara berjemaah, saling bantu membantu.

* Seorang ahli Atomy di Korea Selatan telah menyertai syarikat ini ketika mula diperkenalkan di negara gangnam berkenaan. Beliau rajin membeli produk Atomy untuk kegunaan sendiri serta keluarga tetapi tidak menyampaikan atau mengajak sesiapa pun untuk ikut sertai Atomy. Beliau join kerana suka produk produk Atomy. Selepas 4 tahun berbelanja di Atomy, orang yang memperkenalkan Atomy kepada ahli tersebut (sponsor) datang berjumpa beliau kembali dan menunjukkan kedudukan akaun ahli berkenaan. Tanpa ahli tersebut sedar, di bawah beliau rupanya telah ada ratusan ribu ahli yang tersusun hasil dari limpahan sistem (spillover) malah volume pembelian ahli ahli dibawah beliau juga mencecah ratusan juta PV tiap tiap minggu.Untungnya kerana beliau terus membeli produk dan akaun Atomy beliau tidak dibatalkan. Setelah mengetahui kedudukan akaun beliau itu, pada tahun ke 4 itulah ahli berkenaan mula bercerita tentang kebaikan Atomy kepada kawan kawan. Dan hasilnya pada akhir tahun yang sama, beliau telah mampu meraih pendapatan mencecah enam angka. Saya dan Encik suami di Malaysia barangkali juga adalah sebahagian ahli Atomy di bawah rangkaian beliau. Dan tidak mustahil juga nanti, ramai penduduk di negara lain yang belum dimasuki Atomy, akan berada di bawah jaringan kami bila Atomy beroperasi di negara berkenaan.

Maka ambillah peluang percuma ini sebaiknya kerana anda tidak pun perlu menanggung apa apa resiko walhal potensi dan keuntungan yang bakal anda dapat diluar dugaan sama sekali (rujuk contoh ahli di Korea Selatan di atas). Jika anda tahu kelebihan dan kebaikan Atomy berbanding mana mana syarikat MLM lain, anda tak mungkin menolak tetamu, iaitu "rezki" yang datang mengetuk pintu rumah anda".

Klik Sini untuk dapatkan sebarang keterangan dan bantuan !

No comments:

Post a Comment