Ubat Tidur Good Sleep Lactium, Pil Penenang Terbaik Dari Korea

Anda ada masalah sukar tidur atau imsomnia dan sedang mencari ubat tidur atau pil penenang yang selamat dan berkesan? Jika anda mempunyai gejala atau tanda tanda gangguan tidur seperti berikut, anda mungkin memerlukan Good Sleep Lactium, pil tidur dan penenang bukan ubatan sintetik buatan terkini yang mendapat kelulusan US FDA serta dipatenkan di Eropah, USA dan Jepun.

SIMPTOM   ATAU TANDA TANDA GANGGUAN TIDUR

  • Selalu merasa marah atau mengantuk di siang hari
  • Alami kesukaran untuk berjaga ketika duduk diam, menonton televisyen atau membaca
  • Selalu tertidur atau terlena dan merasa sangat letih semasa bekerja di pejabat atau ketika memandu
  • Hadapi kesukaran menumpukan perhatian
  • Sering diberitahu oleh kawan atau orang lain bahawa anda kelihatan letih dan tidak bermaya
  • Selalu lambat bertindak balas terhadap sesuatu
  • Mempunyai masalah mengawal emosi
  • Kerap merasakan tidak cukup tidur dan mahu mengambil tidur hampir setiap hari dan masa
  • Selalu memerlukan minuman berkafien untuk mengawal diri sebelum melakukan apa apa aktiviti
Jangan pandang mudah kesan dan akibat gangguan atau kurang tidur. Bahana akibat tidak cukup tidur amat banyak malah ia boleh membawa maut. Anda boleh rujuk laporan kesihatan terbitan Sinar Harian ini !

APA ITU GOOD SLEEP LACTIUM?

Atomy Good Sleep Lactium adalah pil penjagaan kesihatan tidur dan juga bertindak sebagai pil penenang secara serentak. Good Sleep Lactium adalah pengganti paling baik kepada ubat tidur sintetik yang membahayakan dan amat tidak baik untuk kesihatan.

Lactium iaitu salah satu bahan utama dalam Good Sleep Lactium amat baik untuk kesihatan tidur manusia dan ia diekstrak dari susu, 100%  selamat untuk penggunaan jangka panjang manakala Theanine pula berperanan membantu melegakan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan/stress.




Bagaimana Dan Kenapa Good Sleep Lactium Sangat Berkesan?

1️. Terhasil dari ramuan (bahan mentah) yang diiktiraf secara individu dan setiap satunya diperakui keupayaannya dalam membantu fungsi kesihatan tidur

• Pengiktirafan Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah (US FDA NDI)

• Lactium ialah bahan terhasil dari susu yang terbaik, selamat untuk penggunaan jangka panjang



2️. Bertindak secara serentak untuk penjagaan kesihatan tidur dan mengawal tekanan dengan fungsi kompleks empat kali ganda hasil gabungan formulasi terbaik & terkini

• Laktium + Theanine + Magnesium + Vitamin B6

3️. Hasil ujian penggunaan sebenar ke atas manusia membuktikan bahan "laktium" berkesan menstabilkan masa tidur...

• Kurangkan masa untuk tidur

• Kurangkan masa bangun selepas tertidur

• Meningkatkan jumlah masa tidur

• Meningkatkan kecekapan tidur subjektif

• Meningkatkan kecekapan tidur objektif

• Kecekapan nisbah masa tidur sebenar kepada masa berbaring

4️. Mengandungi 5 jenis bahan penting seperti L-trytophan, rosemary, thyme, tart cherry dan serbuk ekstrak campuran tumbuhan


Pil Good Sleep Lactium ini disyorkan untuk:

Mereka yang ingin mendapatkan tidur yang berkualiti

✓ Ibu bapa yang tidak dapat tidur lena kerana kerenah anak anak

✓ Orang pertengahan umur yang tidak mendapat cukup tidur akibat dari proses penuaan

✓ Mereka yang sensitif dan mudah tertidur di sebarang masa

✓ Pekerja pejabat atau pelajar yang alami masalah kurang tidur

✓ Semua orang yang ingin bangun pagi dalam keadaan segar dan bertenaga