Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang ditanya berkenaan Mall Online Produk Korea kami:

TENTANG KEAHLIAN

1. Bolehkah saya membeli produk jika saya tidak menjadi ahli?
Ya. Boleh. Anda boleh beli produk dari mana mana ahli sah Atomy. Tapi anda mungkin perlu membayar harga bukan ahli yang tentunya lebih mahal.

2. Berapa banyak perbezaan harga ahli dan bukan ahli?
Sebagai ahli anda dapat membeli lebih murah, jimat terutamanya jika anda membeli dalam kuantiti yang lebih banyak bagi produk tertentu (bulk buy)

3. Berapa perlu bayar untuk jadi ahli dan adakah apa apa kos tersembunyi lain?
Menjadi ahli adalah 100% PERCUMA dan tiada kos tersembunyi lain.

4. Apa kah keahlian Atomy seumur hidup?
Keahlian adalah seumur selagi anda membuat belian sekurang2nya sekali setiap 12 bulan. Anda cuma perlu beli minima satu produk dalam setahun tidak peduli berapa pun harganya untuk mengekalkan keahlian anda selama setahun tersebut. Tahun berikutnya anda beli lagi satu produk dan keahlian anda akan kekal untuk tahun kedua dan begitulah selanjutnya. Tudak ada belian wajib bulanan,

5. Apa kah syarat menjadi ahli dan bagaimana cara untuk memohonnya?
Anda mestilah warga negara Malaysia atau warga Korea, Amerika, Jepun, Kanada, Taiwan, Singapore, Kemboja, Filipina, Mexico, Thailand dan warga mana saja negara dimana Atomy telah beroperasi secara rasmi, dan anda mestilah sudah berusia 18 tahun dan ke atas serta bukan seorang yang muflis. Untuk permohonan keahlian sangat mudah, cuma anda perlu isi Borang di SINI dengan lengkap dan tepat dan kirimkan ke pihak kami untuk kami uruskan.

6. Apa kelebihan menjadi ahli selain dapat beli harga murah?
Banyak manfaat lain jika anda memilih menjadi ahli. Anda boleh membacanya di SINI !

7. Apa yang perlu saya lakukan sebaik mendaftar dan mendapat Nombor ID Keahlian?
Jika anda mendaftar sebagai Consumer/Pengguna, anda boleh terus login ke laman rasmi syarikat serta boleh terus buat belian. Tetapi jika anda telah mendaftar sebagai Pengedar/Distriburor, anda perlu lebih dulu mengisi Borang Verifikasi (sila cetak dan isikan) dengan lengkap seperti dikehendaki (lihat contoh ini)dan mengirim/upload borang berkenaan ke pihak syarikat di pautan https://www.atomy.kr/m/mload_my  Hanya setelah syarikat luluskan permohonan anda (jika borang diisi lengkap serta jelas, anda baru boleh login ke website rasmi syarikat (biasanya proses mengambil masa 3 ~ 5 hari. Langkah seterusnya ialah mengemaskini akaun anda di bahagian Edit My Account sebaik sudah boleh login. Sesudah itu, barulah anda boleh mula shopping produk pilihan anda.

8. Tidak adakah group bimbingan disediakan untuk ahli?
Group bimbingan whatsapp memang disediakan. Anda hanya akan dimasukkan ke group berkenaan setelah sah menjadi ahli/distributor atas izin dan permintaan anda malah sidang online Zoom juga disediakan secara berkala. Segalanya boleh anda ikuti hanya dari rumah dengan menggunakan hp berinternet saja.

9. Saya ada kawan di Indonesia dan Singapore. Boleh kah mereka join percuma sebagai ahli/distributor dan membeli produk?
Seperti di Malaysia, kawan kawan anda di luar negara juga boleh sertai Atomy secara percuma jika syarikat sudah beroperasi secara rasmi di negara mereka bermaustatin. Pembelanjaan dan pembelian mereka di Atomy negara mereka akan menyumbangkan point/GPV kepada anda. Ini antara sebab kenapa ada ramai ahli Atomy yang berpendapatan mencecah RM100,000 ~ RM400,000 sebulan walau pun awalnya hanya sertai secara percuma. Antara negara berkenaan selain Malaysia, ialah SIngapore, Indonesia, Filipina, Thailand, USA, Kanada, Jepun, Taiwan, Mexico, Kemboja, Russia, Australia dan New Zealand.

10. Adakah syarikat sediakan web sokongan untuk memudahkan ahli membuat jualan/kembangkan perniagaan?
Syarikat tidak sediakan kemudahan itu tetapi sesi latihan off-line di hotel hotel & online (Zoom) dianjurkan dari masa ke semasa dan ianya merupakan satu program berterusan.


TENTANG PRODUK

1. Ada kah produk kosmetik, skincare dan makeup di mall ini benar benar selamat digunakan dan ada jaminan kualitinya?
Ya. Ia 100% selamat digunakan, bebas bahan racun mudarat kerana pembuatannya adalah dari sumber alam. Malah hampir semua skincare kami menepati standard antarabangsa serta pembeliannya disertakan dengan JAMINAN " 100% Money Back Guarantee".

2. Bagaimana dengan kelulusan KKM di Malaysia untuk semua kosmetik yang dijual dalam Mall?
Semua kosmetik dan makeup Atomy yang dijual di Malaysia memang telah mendapat kelulusan MAL KKM dan anda boleh membuat semakan senarai produk kami di laman KKM untuk lebih yakin.

3. Apa kah kosmetik dan makeup ini berstatus halal dan boleh digunakan masyarakat Muslim?
Pembuatan kosmetik kami berasaskan tumbuhan dan sumber alami dan ia sesuai digunakan oleh masyarakat Muslim kerana ianya HALAL.

4. Bagaimana dengan harga produk?. Mahal kah?
Mahal atau murah sesuatu produk adalah subjektif kerana bergantung kepada banyak faktur termasuk kualiti, kandungan isinya serta manfaat produk tersebut. Berus Gigi Teknologi Emas Atomy misalnya, harga seunit cuma RM4.50. Apa kah ini mahal sedangkan berus gigi ini sangat Superb dan unik?. Begitu juga Dish Detergent, Jus Delima Merah dan lain lain, jika anda membaca info setiap satu produk secara keseluruhan, anda pasti setuju bahawa produk produk Atomy hakikatnya adalah murah dan wajar anda menggunanya. Lihat saja harga BB Cream Atomy, cuma RM33 sedangkan isinya 40 ml, begitu juga Set Anti Aging Absolute Cell Active, hanya RM880 sedangkan harga diluar sana mencecah sehingga RM3000, sedangkan kualitinya setanding malah lebih baik.

5. Saya berminat beberapa produk yang dijual dalam web Atomy di Korea, tapi malangnya belum lagi dijual di Malaysia. Bolehkah saya buat belian terus dari Atomy Korea?
Sebahagian produk di Atomy Korea boleh dibeli oleh ahli ahli di Malaysia dan sebahagiannya belum boleh bergantung kepada situasi. Biasanya mana mana produk yang boleh dibeli terus dari Korea akan diumum di dalam group whatsapp dan pembelian produk produk ini perlu dilakukan secara berkumpulan/ramai bagi tujuan untuk meminimakan kos pengangkutan udara. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah pad wanita, sanitary, vitamin dan lain lain.


TENTANG PENGHANTARAN/SHIPPING

1. Bagaimana cara produk dikirim?
Syarikat telah melantik servis kurier G-DEX sebagai agen pengirim rasmi. Semua produk baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dikirim menerusi kurir servis G-DEX

2. Berapa kah kos penghantaran?
Jika order melebihi jumlah RM290, pengiriman adalah PERCUMA ke semua lokasi. Jika order kurang dari RM290, charge/kos standard akan dikenakan bergantung kepada berat produk dan lokasi. Ini boleh anda periksa sewaktu melengkapkan order anda online.

3. Apa tidak ada penghantaran percuma untuk belian di bawah RM290?
Ada pilihan untuk itu iaitu penghantaran order anda mestilah dialamatkan ke Atomy Education Centre berhampiran lokasi anda. Dan anda perlulah ambil sendiri di Centre berkenaan. Bagaimana pun anda perlu lakukan setting lebih dulu di bahagian Edit Your Account (login ke akaun anda) dengan memilih centre yang berdekatan dengan tempat tinggal anda sebelum anda membuat belian.

4. Bagaimana kalau produk yang diterima dalam keadaan rosak atau tidak berada dalam keadaan yang sewajarnya?
Anda perlu laporkan tentang itu ke team support Atomy di Kuala Lumpur sebaik produk anda terima. Sertakan dengan foto berkaitan. Syarikat akan gantikan anda dengan kiriman produk baru atau pulangkan wang kembali mengikut situasi kes.

5. Bolehkah saya beli produk untuk ibu saya di Penang, sedangkan alamat dan tempat tinggal saya di KL?. Apa kah kiriman produk boleh dihantar terus ke alamat ibu saya?
Ya..boleh. Sewaktu mengisi borang order, pastikan anda isikan nama penerima dan alamat produk mengikut yang anda kehendaki. Pihak syarikat akan kirimkan produk berkenaan ke alamat penerima iaitu dalam kes ini, ibu anda di Penang (kaedah sama boleh dipakai jika anda melakukan dropship, produk boleh dikirim terus ke alamat pelanggan anda).


TENTANG PEMBAYARAN KOMISYEN

1. Bagaimana cara syarikat bayar komisyen ahli?
Komisyen ahli dibayar terus ke akaun bank masing masing. Ahli boleh pilih mana mana akaun bank yang dimiliki dalam senarai backoffice akaun Atomy. Akaun bank mestilah atas nama ahli/pemilik akaun Atomy. Biasanya bayaran dibuat pada hari Selasa @ Rabu setiap minggu.

2. Perlukah ahli membuat permintaan atau mengisi borang pengeluaran komisyen/bonus?
Tidak perlu. Komisyen secara automatik akan terus dibayar ke akaun bank ahli tanpa perlu melalui proses lain, ia memudahkan malah tanpa charge transfer.

3. Benarkah pendapatan komisyen Atomy boleh diwariskan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pemilik akaun?
Memang benar pendapatan bonus/komisyen ahli Atomy boleh diwarisi hingga 3 generasi jika sesuatu berlaku (kematian umpamanya) pada ahli/distributor tetapi perlu melalui proses yang telah ditetapkan oleh syarikat sebelum pindah milik akaun diluluskan.